Info Aafiyat : Risiko Serangan Jantung: Kemurungan & Makanan Segera
Episod wabak di negara kita sejak bermulanya PKP pertengahan Mac tahun lepas hingga sekarang menyebabkan perubahan besar dalam diri kita semua.
Situasi sebegini telah beri risiko tinggi kepada masalah kemurungan terutama ketika berada di dalam keadaan tekanan yang melampau hingga menghilangkan kewajaran berfikir.
Ramai yang belum sedar episod kemurungan akibat tekanan melampau ini juga beri kesan kepada organ dan sistem badan. Tindak balas tubuh badan kita terhadap tekanan seharusnya melindungi diri.
Kajian menunjukkan bahawa paras Hormon Kortisol (kebiasaannya dilepaskan sebagai tindak balas kepada tekanan) yang tinggi akibat episod tekanan yang berpanjangan dapat meningkatkan paras kolesterol, ‘triglyceride’, paras gula, dan tekanan darah tinggi. Ini adalah antara risiko kepada penyakit jantung.
Kita boleh cenderung memakan makanan yang tidak sihat ketika melalui fasa stres ini.
Makan makanan segera adalah trend pilihan ramai apabila berada dalam situasi tekanan. Sewajarnya, elakkanlah :
❌Jenis makanan yang tinggi lemak tepu
❌Minuman kafein
❌Makanan berproses dan frozen food
❌Minuman dan pencuci mulut yang manis
Ini akan merosakkan lagi situasi kesihatan anda. Ingat, semangat yang hilang bukan boleh dikembalikan dengan makanan segera.
Jadilah individu lebih bijak.
Oleh itu, kami sarankan pengambilan Minyak Kelapa Sawit Merah Elaiese ini diamalkan secara harian sebagai ikhtiar dalam situasi tekanan dan buat pesakit yang sedang hadapi kemurungan.
Dengan tinggi vitamin E serta pro vitamin A (karotenoid) dan boleh diambil juga bersama-sama Madu Asli yang terhasil daripada ribuan spesies bunga dengan kepelbagaian nutrien.
Sumber:
(1) Lifestyle and Managing Stress (eatright.org)
(2) Stress Can Increase Your Risk for Heart Disease - Health Encyclopedia - University of Rochester Medical Center