Aafiyat Sharing: Risiko Diabetes Dari Obesiti. Macam Mana Tu?
Bila bercakap tentang masalah obesiti, berapa ramai yang faham sejauh mana tubuh badan manusia boleh rosak akibat masalah ini?
Tolak ke tepi isu ‘body shaming’, kita fokus kepada tahap kesihatan dulu. Sebab obesiti ni bukan setakat masalah penampilan, susah cari saiz seluar baju yang sesuai atau rasa rendah diri. Sebenarnya kita terdedah kepada kepada pelbagai penyakit lain.
Contoh paling dekat ialah diabetes. Nak faham jalan cerita macam mana obesiti boleh jadi punca diabetes ni, kita kena tahu tentang insulin. Rintangan insulin tu macam mana? Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Bukan setakat rasa -rasa macam tu je.
Jangan tunggu kalau kita ada ciri-ciri seperti:
👉Ukur lilit pinggang melebihi 35 inci (lelaki ) dan 31 inci (wanita)
👉BMI melebihi 23kg/m2 bagi orang asia
👉Bacaan tekanan darah sistolik melebihi 140 & tekanan diastolik *melebihi 90 dan ke atas
👉Tahap glukosa dalam keadaan berpuasa melebihi 5.6 mmol/l
Sharing is caring. Ayuh share kepada lebih ramai orang supaya sama-sama dapat berkongsi ilmu. Semoga bermanfaat.
Sumber: Knowledge Management Department, Aafiyat Group