Beristighfar dan Bertaubat Daripada Dosa
Abu Hurairah ra telah mendengar Rasulullah saw bersabda :
"Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh kali."
(HR Bukhari)
Di hari Jumaat yang penuh barokah ini, marilah kita perbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah saw dan membaca suratul Kahfi.
Semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.🤲