QUINOA Untuk Berdiet
QUINOA UNTUK BERDIET
1. Quinoa menjadi makanan alternatif bagi mengggantikan nasi bagi mereka yang sedang diet.
2. Quinoa mengandungi protein, serat dan berbagai vitamin serta mineral. Ia juga bebas gluten dan sesuai diambil oleh mereka yang sensitif terhadap gluten.
3. Quinoa juga mempunyai kalori yang rendah. Dalam 100 gram quinoa yang telah dimasak, hanya 120kCal sahaja.
4. Antara manfaatnya:
✅ Bersifat anti-keradangan kerana mengandungi
phenolic acid, dan vitamin E.
✅ Menurunkan kolesterol yang jahat dan bagus untuk kesihatan jantung
kerana kaya akan flavonoid, asid lemak omega-3 dan alpha-linolenic acid.
✅ Bagus untuk kesihatan pencernaan kerana mengandungi serat yang banyak.
✅ Mencegah diabetes dan hipertensi kerana kaya akan antioksidan quercetin.
Cara Memasak Quinoa untuk Diet
Memasak quinoa hanya memakan waktu 12 - 15 minit.
Tekstur quinoa tetap kenyal samada disajikan dingin ataupun panas.
Ia boleh dijadikan bubur, campuran salad, sup bahkan tepung untuk membuat pelbagai kuih yang sihat.
1. rendam quinoa dalam basin berisi air selama beberapa minit.
2. kemudian bersihkan sambil digaulkan dalam basin menggunakan tangan agar kotoran dan lapisan saponin yang terasa pahit akan hilang.
3. Setelah bersih, siapkan dua cawan air matang atau sup perasa ayam atau daging lembu. Masukkan satu cawan quinoa dan 1/4 sudu kecil garam.
4. Nyalakan dapur, masak menggunakan api kecil selama 15 minit.
5. Boleh tambah sedikit daging lembu, daging ayam, daun sup, lemon dan sebagainya.
6. Matikan api lalu angkat dari dapur, lalu biarkan quinoa selama selama 10 minit.
Itulah manfaat quinoa dan cara memasaknya untuk diet. Semoga bermanfaat.