Madu import vs madu tempatan
Madu import vs madu tempatan
Umum mempercayai madu tempatan adalah lebih bermanfaat kepada masyarakat tempatan dari madu yang diimport.
Adakah ini benar atau mitos semata-mata.
Madu tempatan dipercayai dapat memberikan kelegaan alergi, terutamanya bagi alergi yang bermusim, kerana ia mengandungi debunga dari tumbuhan tempatan. Sebagai contoh alergi demam rumput (hay) anda disebabkan oleh debunga di kawasan tempatan anda. Lebah mengumpul debunga ini dari tumbuhan tempatan, dan sejumlah kecil daripadanya dipindahkan ke madu mereka. Apabila anda mengambil madu ini dalam jumlah kecil, ia berfungsi seperti siri suntikan alergi dengan perlahan-lahan meningkatkan toleransi anda terhadap alergen dan mengurangkan gejala alergi anda (Wu et al., 2015).
Selain itu juga madu tempatan dipercayai lebih segar kerana pengangkutan dan pemprosesan yang lebih singkat. Dan menyokong kepelbagaian biologi dengan menggalakkan penyelenggaraan bunga tempatan dan tumbuhan yang lebah kembangkan. Membeli madu tempatan secara langsung memberi manfaat kepada ekonomi tempatan dan penternak lebah, memastikan mereka menerima harga yang adil bagi produk mereka, yang penting untuk kelestarian amalan penternakan lebah.
Akan tetapi.
Dari segi manfaat kesihatan seperti antimirobiologi, menyokong imunisasi, meningkatkan tenaga dengan lebih pantas, banyak faktor lain selain lokaliti penternakan diambil kira. Jika ingin mengambil kira lokaliti penternakan faktor tempat penternakan lebah yang jauh dari pencemaran, jauh dari kebun atau ladang yang menggunakan racun perosak amatlah signifikan dan perlu diambil kira dengan lebih serious. Walaupun jumlah kecil sisa racun serangga kekal dalam madu, ia merupakan risiko yang besar kepada kesihatan manusia (Surma et al., 2023).