Info Aafiyat: Makanan Baik Untuk Kesihatan Jantung
Harini seolah-olah dah jadi kebiasaan ya apabila banyak berlaku kematian di usia muda asbab penyakit jantung.
Situasi sebegini telah berlaku peningkatan hari demi hari dan antara yang menyumbang kepada peningkatannya ialah memiliki berat badan berlebihan.
Maka, penting sangat untuk diubah corak makanan harian warga Malaysia :
❎Elakkan pengambilan makanan tinggi gula, garam dan makanan berproses serta makanan segera
✅Lazimi pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun
Berdasarkan hasil kajian yang dibuat ke atas golongan pekerja, pelajar universiti dan warga tua di Sepanyol, pengambilan minyak zaitun antara 20g – 30g sehari (antara 2-3 sudu besar) merendahkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan strok. Kelebihan minyak zaitun berupaya menghalang pembentukan plak pada dinding saluran darah.
Jadikan pengambilan Minyak Zaitun Extra Virgin sebagai amalan harian dan lebih bagus diminum bersama-sama air bancuhan Cuka Buah Asli.
Rujukan: Donat-Vargas, C., Sandoval-Insausti, H., & L. Penalvo, J. (n.d.). Olive oil consumption is associated with a lower risk of cardiovascular disease and stroke.
https://www.clinicalnutritionjournal.com/action/showPdf?pii=S0261-5614%2821%2900503-3