Tips Aafiyat: Tips Elak Sembelit Ketika Berpuasa
Puasa dah nak bermula, ramai yang akan hadapi sembelit kalau tak kena cara.
Jadi, penting untuk kita ketahui bahawa penyebab sembelit yang utama adalah disebabkan gaya pemakanan individu. Berbuka puasa dengan terlalu banyak dan pemilihan makanan berproses dan tinggi gula serta pewarna adalah kurang digalakkan untuk kesihatan tubuh dan sistem penghadaman.
Oleh itu, untuk mengatasi risiko sembelit, kita perlu memilih makanan yang bersesuaian untuk berbuka puasa dengan lebih sihat serta mengamalkan gaya hidup yang betul seperti:
✅Pilih makanan tinggi serat seperti kurma, minyak zaitun, minyak kelapa dara, buahan segar serta sayuran
✅Banyakkan minum air kosong
✅Lakukan senaman secara berkala walaupun berpuasa
✅Jangan menahan untuk membuang air besar
✅Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu
✅Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor
Boleh juga cuba amalkan sekali minum Jus Delima dan Cuka Tin untuk menyokong fungsi sistem penghadaman selepas berbuka puasa dengan bermacam jenis makanan.