Aafiyat Nutrisi : Tips Untuk Anak-anak Kekal Bersemangat Menjalani PdPR
Mahukan Anak lebih bersemangat hadapi PdPR?
Tidak tahu caranya?
Jom kami kongsikan.
✅ Penglibatan Ibu Bapa
Cuba peruntukkan masa walaupun beberapa minit melihat sesi kelas mereka berlangsung dan berikan kata-kata semangat untuk mereka fokus kepada pembelajaran.
✅ Wujudkan Persekitaran Harmoni
Sediakan ruangan khas untuk kelas berlangsung dengan selesa dan pengudaraan yang juga baik.
Semoga mereka lebih menumpukan perhatian.
✅ Berikan Makanan yang Bernutrisi Tinggi
Perhatikan menu makanan yang disebut "Makanan otak" tertentu untuk bantu meningkatkan pertumbuhan minda anak-anak dan meningkatkan fungsi otak, ingatan serta tumpuan.
Sebenarnya, otak adalah organ yang sangat ‘lapar’ dan perlukan ‘suapan’ nutrient yang bernutrisi tinggi daripada makanan yang kita ambil secara harian. Elakkan beri makanan ringan kepada tubuh badan, kesannya, otak pasti akan menderita.
Selain kemampuannya untuk membantu pencernaan dan berhadapan jangkitan, madu juga diketahui bermanfaat untuk ingatan dan kepekatan.
Telah terbukti bahawa Madu Asli mempunyai kesan berlawanan terhadap situasi tekanan dan membantu situasi tekanan oksidatif di otak.
Kajian lain juga menyatakan bahawa polifenol yang terdapat dalam madu mempunyai ‘kesan neuroprotektif dan nootropik’ yang melindungi sistem saraf anda dan dapat meningkatkan ingatan anda dan meningkatkan fungsi kognitif.
Berikan anak-anak anda 1 sudu teh Madu dari Pergunungan Kyrgyzstan ini setiap hari untuk keberkesanan dan semangat hadapi PdPR di samping manfaat kesihatan yang lain.
Selamat beramal ya ! 🤗