[Infografik] 🌿 Hati Berlemak: “Silent Killer” Yang Ramai Tak Sedar 🌿

🌿 Hati Berlemak: “Silent Killer” Yang Ramai Tak Sedar 🌿
Huh, hati berlemak? Ingatkan jantung je ada masalah lemak. Haa, ni lah sebenarnya yang ramai tak tahu. Kadang hari-hari kita jalan macam biasa...kerja, makan, rehat… semua nampak normal. Tapi tanpa kita sedar, hati kita mungkin dah mula “struggle”.
Masalah hati berlemak ni bahaya sebab ia datang tanpa tanda awal, berlaku perlahan-lahan, dan bila kita tahu… kadang dah sampai tahap serius. Dari sekadar lemak terkumpul, ia boleh berkembang jadi keradangan, seterusnya parut hati (fibrosis), dan akhirnya meningkatkan risiko sirosis.
Selalunya ia berkait rapat dengan gaya hidup harian pemakanan tinggi gula dan lemak, kurang aktiviti fizikal, berat badan berlebihan, serta masalah gula dan kolesterol.
Jadi, macam mana nak support hati dari awal? Salah satu nutrisi yang mendapat perhatian ialah tocotrienols, iaitu Vitamin E generasi baru. Ia membantu mengurangkan pengumpulan lemak dalam hati, meredakan keradangan, melindungi sel hati melalui kesan antioksidan yang kuat, dan menyokong metabolisme supaya badan lebih efisien menggunakan lemak sebagai tenaga.
Dalam masa yang sama, perubahan kecil dalam gaya hidup pun sangat penting kurangkan gula dan makanan proses, kekal aktif bergerak, dan jaga pemakanan harian.