Pengambilan Air 2 Liter Sehari
Adakah anda tahu kepentingan minum air kosong? Berapa banyak anda perlu minum? Adakah anda sentiasa pastikan anak anda mengambil air kosong mencukupi pada setiap hari?
Pentingnya untuk kita minum 6 hingga ke 8 gelas atau 2 liter setiap hari bagi menyokong fungsi fisiologi dalam badan, mengawal suhu tubuh dan perkumuhan (mengelakkan sembelit).
Selain itu, air kosong juga dapat melindungi organ dan tisu dalam badan manusia.
Badan kita memerlukan air yang secukupnya setiap hari. Jadikan satu tabiat untuk sentiasa meminum air kosong. Air yang mencukupi dalam badan boleh mengelakkan masalah seperti sembelit, mulut kering atau sakit kepala. Namun jangan terlebih pula, ambilan air terlalu banyak dalam tempoh singkat boleh menyebabkan kemudharatan.
Pakar kesihatan percaya terlebih air dalam badan boleh menyebabkan hyponatremia yang memberi kesan kepada sel darah dan membengkak dan kekurangan tahap sodium. Kejadian seumpama ini adakalanya berlaku kepada para atlet yang meminum air sehingga lebih 3 Liter dalam tempoh satu jam sahaja.
Lebih serius, mabuk air boleh menyebabkan serangan penyakit jantung secara tiba-tiba dan membawa kepada koma serta kematian.
Elakkan dehidrasi
Pengambilan air kosong yang secukupnya dapat mengelakkan tubuh daripada dehidrasi.
Dehidrasi boleh menyebabkan gangguan pada sistem kognitif, melemahkan fungsi kardiovaskular, mengurangkan keupayaan untuk melakukan aktiviti harian dan mengganggu sistem kawalan suhu badan.
Kebiasaannya anak anda akan mudah berpeluh akibat daripada aktiviti yang mereka lakukan seperti bermain dan berlari. Oleh itu, kandungan air dalam badan yang mencukupi diperlukan untuk membantu sistem perkumuhan (pengeluaran bahan buangan daripada badan dengan berkesan). Sekiranya, anak anda mengalami kekurangan air, buah pinggangnya terpaksa bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Antara tips untuk meningkatkan pengambilan air kosong:
i. Kawal pengambilan minuman
bergula dan berkarbonat bagi mengelakkan
penambahan kalori yang tidak perlu.
ii. Galakkan amalan untuk minum air kosong dengan
banyak.
iii. Pastikan air kosong sentiasa tersedia dan mudah untuk
diambil di rumah.
iv. Bekalkan air kosong ke tempat kerja atau sekolah untuk anak-anak.
v. Biasakan minum air kosong walaupun tidak merasa
dahaga.