Aafiyat Sharing: Manfaat Jus delima kepada pesakit HFMD
Apakah itu HFMD?
HFMD ialah penyakit yang datangnya dari jangkitan virus dan boleh berjangkit yang disebabkan oleh keluarga virus yang dipanggil Enterovirus. Kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak boleh dijangkiti HFMD, walaupun kanak-kanak di bawah umur lima tahun paling terdedah. Ia adalah endemik di Singapura, berlaku sepanjang tahun dengan wabak sering berlaku di pusat jagaan kanak-kanak dan sekolah.
Apakah Gejala HFMD?
Penyakit ini biasanya bermula dengan gejala demam yang biasa (berlangsung 2 hingga 3 hari), kurang selera makan, dan rasa tidak enak badan. Sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami hidung berair, sakit tekak, terliur atau muntah. Satu hingga dua hari selepas mula demam, kanak-kanak yang menghidap HFMD akan mengalami ulser yang menyakitkan di dalam mulut dan ruam yang tidak gatal, daripada bintik merah atau lepuh kecil pada tangan dan kaki. Ini adalah ciri khas HFMD. Ada juga yang mengalami ruam di sekitar mulut, punggung, lengan dan kaki.
Bagaimana Jus Delima boleh membantu?
Berdasarkan kajian klinikal terhadap tikus yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari China pada tahun 2012, satu komponen yang terdapat dalam jus delima yang dipanggil punicalagin berpotensi membunuh virus jenis enterovirus yang menyebabkan penyakit HFMD terutama dikalangan kanak-kanak.
Punicalagin adalah polifenolik semula jadi yang tergolong dalam kumpulan tannin yang banyaknya tersimpan didalam kulit dan empulur buah delima. Ianya telah dianggap sebagai responsi komponen aktif utama untuk manfaat kesihatan delima (Punica granatum L.). Di dalam kajian klinikal ini, punicalagin menghalang jangkitan EV71 dengan ketara dalam sel dan mengurangkan kadar kematian tikus apabila virus menjangkiti dengan lebih banyak.
Oleh itu, disarankan kepada pesakit- pesakit HFMD terutamanya dikalangan kanak-kanak untuk mengambil jus delima yang diperah terus termasuk dari empulur nya, tanpa gula tambahan bagi membantu untuk membunuh virus dan mengurangkan kadar kebolehjangkitan terhadap individu lain.
Sumber:Yang, Y., Xiu, J., Zhang, L., Qin, C., & Liu, J. (2012). Antiviral activity of punicalagin toward human enterovirus 71 in vitro and in vivo. Phytomedicine, 20(1), 67-70.