Tak Pernah Tahu Pun 7 Jenis Penipuan Makanan ini Berlaku Setiap Hari! (Part 2)
Tak Pernah Tahu Pun 7 Jenis Penipuan Makanan ini Berlaku Setiap Hari! (Part 2)
4. Keju Parmesan - Sebagai pengguna, anda mungkin tak tahu bahawa keju parmesan di pasaran mengandungi pulpa kayu. Di dalam parutan keju parmesan, 2% daripadanya adalah pulpa kayu yang ditambah di dalamnya untuk mengelakkan parutan keju dari melekat lalu menjadi ketulan atau gumpalan. Penggunaan pulpa kayu di dalam kayu dikatakan amat menjimatkan kos serta meningkatkan margin keuntungan.
5. Daging Kambing - Seperti kejadian yang berlaku di China, 63 orang telah ditangkap kerana menjual daging seperti cerpelai, tikus, musang dan lain-lain lalu daging tersebut diperap dalam pelbagai bahan kimia dan dilabel sebagai daging kambing di wilayah Jiangsu dan Shanghai. Skandal daging kambing ini menimbulkan ancaman keselamatan makanan kerana ia boleh merebak penyakit merbahaya seperti selesema burung dan kencing tikus.
6. Hotdog - Malaysia merupakan antara negara yang tersenarai sebagai negara yang berpotensi mempunyai penipuan hotdog. Sosej daging yang dilabel sebagai ‘meat’ (daging lembu) sebenarnya diganti dengan kuantiti daging kerbau yang amat tinggi. Menurut pengkaji, Dr. Eaqub Ali, ia mungkin disebabkan oleh harga daging kerbau beku import yang lebih murah berbanding daging lembu untuk membuat sosej.
7. Ikan Tuna - Di Amerika Syarikat, 59% daripada ikan yang dilabelkan sebagai “tuna”, yang dijual di restoran-restoran dan kedai-kedai runcit sebenarnya bukan tuna, tetapi daripada pelbagai jenis ikan seperti escolar. Oleh itu, ada kemungkinan, ikan tuna yang anda beli di pasaraya atau hidangan tuna yang ditempah bukanlah daripada ikan tuna yang asli.