Aafiyat Cakna: Sindrom Post-Covid
Sindrom Post-Covid ni merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit Covid-19 masih menunjukkan gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih. Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan Covid-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.
Ada 5 simptom utama yang kerap dialami oleh bekas pesakit Covid-19 iaitu:
❗Kelesuan
❗Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti
❗Sukar tidur malam
❗Batuk berpanjangan
❗Kegelisahan
Apa yang membimbangkan ialah jika simptom berpanjangan, keadaan mereka yang mengalami sindrom Post-Covid boleh menyebabkan komplikasi lain yang lebih serius seperti penyakit berkaitan kardiovaskular, keradangan kronik dan masalah berkaitan kesihatan mental.
Budaya hidup sihat yang konsisten boleh menyokong memperkukuhkan imuniti badan. Makan makanan tinggi antioksidan dan serat untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan tubuh badan. Kita adalah apa yang kita makan. Change Now ke Aafiyat Lifestyle💪
Rujukan
https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/long-covid-post-covid-syndrome-12062021