5 Cara Atasi Rasa Tidak Bertenaga dan Tidak Mampu Menahan Lapar
Adakah anda merasa tidak bertenaga dan tidak boleh menahan rasa lapar dengan lebih panjang walaupun telah bersahur dengan makanan berat?
Berikut 5 solusi yang ada yang terbukti telah membantu ramai pengguna diluar sana:
- Pengambilan Minyak Sihat
Kajian menunjukkan, pengambilan 2 sudu besar (30 ml) minyak zaitun extra virgin seperti Olivie Plus 30X / ELIA/ Phenolive/ PMZ, rasa lapar akan berkurangan sekitar 2 jam lebih lambat dari hari tanpa pengambilan minyak zaitun (ketika sahur).
Sebagai contoh, jika biasanya jam 12 tengahari kita mula rasa lapar, dengan pengambilan Olivie30X insyallah rasa lapar itu akan bermula lambat sedikit (petang). - Jaga pola tidur: Tidur awal
Pastikan tidur awal sebelum jam 11 (sesudah terawih) dan bangun awal untuk memastikan penghasilan hormon melatonin pada tahap yang optimum kerana Melatonin mempengaruhi TAHAP KELESUAN TENAGA tubuh kita, samada kita akan menjadi bertenaga atau lesu dgn melatonin dalam darah. - Kurang kan pengambilan makanan/ minuman yang manis.
Salah satu petanda badan seseorang mempunyai gula berlebihan adalah kerap membuang air kecil dan cepat lesu. Pengambilan kuih muih, minuman bergula akan menyebabkan tubuh bertambah penat kerana tubuh perlu bekerja lebih untuk menstabilkan kadar gula dalam darah.
Sebagai pengganti gula bolehlah menggunakan pemanis semulajadi seperti madu asli - Cukupkan pengambilan air kosong
Pengambilan air kosong (mineral) yang mencukupi adalah sangat penting bagi menyokong tubuh menjalankan fungsinya dengan baik. 8 gelas sehari air kosong akan membantu tubuh lebih segar bertenaga untuk berpuasa dihari berikutnya.
Boleh rujuk tips dibawah: - Elakkan makan makanan berat sebelum tidur
Tubuh dan usus kita juga memerlukan rehat agar boleh berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan berat disarankan hanya ketika waktu berbuka dan tidak digalakkan makan makananan berat sebelum tidur kerana tubuh akan perlu bekerja lebih masa untuk mencerna makanan.
Maka kita akan bangun dalam keadaan letih dan tidak bertenaga untuk berpuasa dihari berikutnya.
Semoga puasa kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga para pembaca diberikan tubuh yang sihat aafiyat untuk menjalani madrasah ibadah kali ini insyaAllah!