Bingkisan Jumaat: Sebaik Ucapan Terima Kasih
Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang diperlakukan dengan baik kepadanya kemudian dia mengucapkan kepada yang melakukan kebaikan tersebut “جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا” (Semoga Allah membalas kebaikanmu dengan sebaik-baik pembalasan), maka sungguh dia telah memberikan pujian yang terbaik."
(Hadith riwayat al-Tirmizi)
Terima kasih adalah lafaz yang sering diucapkan oleh seseorang kepada seseorang yang lain sebagai tanda menghargai kebaikan yang telah dilakukan ke atas dirinya dan orang lain.
Adakalanya kebaikan seseorang tidak mampu untuk dibalas dalam bentuk perbuatan, harta benda atau kewangan namun dengan ucapan terima kasih adalah sudah mencukupi sebagai tanda pujian dan penghargaan terhadap kebaikan tersebut. Bahkan perbuatan berterima kasih ini adalah suatu amalan yang terpuji dan amat disukai sesama insan.
Justeru, ucaplah terima kasih atas setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada diri kita. Semoga bermanfaat.🤗