• Login
  • Register
Related Topics
Tags:
tipsaafiyat

Tips Aafiyat: 6 Tips Tidur Untuk Kebaikan Kesihatan

 

Persediaan sebelum tidur sangatlah penting untuk kesihatan badan. Ramai lagi yang masih kurang kesedaran betapa pentingnya tabiat ‘sleep hygiene’. Istilah ‘sleep hygiene’ merujuk kepada satu tabiat tidur yang meningkatkan kualiti tidur malam.
Jika anda mengalami kesukaran untuk tidur malam dan ingin meningkatkan kualiti tidur anda, cuba ikuti 6 tips dibawah:
 
✅Biasakan tidur dan bangun pada masa yang sama
✅Hadkan tidur siang tidak lebih daripada 20-30 minit sehari
✅Jangan makan malam yang terlalu berat sebelum tidur
✅Pastikan persekitaran bilik tidur kondusif untuk tidur. Contohnya, dengan memalapkan lampu, menggunakan bantal lembut, dan melaraskan suhu bilik supaya tidak terlalu panas atau sejuk
✅Mandi sebelum tidur memberikan kelegaan kepada tubuh dan membantu untuk mudah tidur
✅Memakai pakaian yang selesa semasa tidur
 
Amalkan cara tidur yang betul untuk kualiti kehidupan yang lebih baik bersama dengan pemakanan yang sihat dan tinggi nutrisi untuk menyokong kualiti tidur. Satu sudu besar minyak zaitun dan madu sebelum tidur mencukupi untuk menyokong tidur malam yang lebih nyenyak. Jom mulakan!

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary