Pengetahuan Am : Petua Untuk Mengelakkan Serangan Gout Di Bulan Ramadan
Soalan :
Assalamualaikum doktor. Jika kita ada masalah gout, bolehkah kita ambil protein? Saya bimbang asid urik saya meningkat. Terima kasih.
Jawapan :
Jawapan :
Walaikumusalam.
Apabila menjelang bulan Ramadan, ramai pesakit yang mengalami masalah sakit sendi terutama sendi kaki, akibat serangan gout.
Ini kerana apabila kita berpuasa, kita tidak cukup minum air ketika waktu sahur dan berbuka. Air kencing menjadi pekat. Asid urik tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.
Oleh itu salah satu cara mengurangkan tahap asid urik adalah minum air secukupnya.
Tidak semua protein yg mengandungi asid aminobpurine, meningkatkan tahap asid urik.
Secara amnya daging merah, makananan laut, ikan sardin dan ikan bilis. Selain itu asid urik boleh meningkat dengan pengambilan makanan organ dalaman terutamanya hati dan ginjal haiwan., dan minuman yg tinggi gula. Minuman beralkohol juga meningkatkan tahap asid urik.
Pengambilan protein dari sumber tumbuh-tumbuh adalah baik kerana ia mengandungi lebih rendah asid amino purine berbanding dgn protein haiwan. Antaranya adalah kekacang. Ada orang tak boleh ambil, ada orang yang boleh ambil. Bergantung kepada keserasian tubuh dan faktor genetik.
Bagi mereka yang berpuasa, minumlah air secukupnya. Pastikan air kencing kita tidak pekat dan berbau hancing.
Pengambil satu sudu cuka teen yang dicampurkan dalam segelas air 350ml juga membantu merendahkan tahap asid urik dan menghalang serangan gout. Boleh letakkan sedikit madu atau stevia atau kayu manis.
Sumber : Facebook Dr. Zubaidi Hj Ahmad
Sumber : Facebook Dr. Zubaidi Hj Ahmad