Carbon Neutral Olive Oil Product

ANTARA TERAWAL DI DUNIA
BERITA BAIK UNTUK PARA PENCINTA ALAM SEKITAR
Pengeluar Minyak Zaitun terkemuka Olivie antara yang terawal di dunia menerima pengiktirafan 'Carbon Neutral Company' oleh VINCOTTE, sebuah badan pengawasan dan pensijilan yang diiktiraf oleh kerajaan Belgium.
Dua produk tersebut adalah Olivie Plus 30x dan Olivie Power Up. Bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada kesihatan namun ia juga turut serta dalam usaha global untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.
Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen kami dalam usaha menyelamatkan bumi dari kesan perubahan iklim dengan meminimumkan pengeluaran gas rumah hijau sepanjang penghasilan produk kami.
Tahukah anda bahawa secara purata, penghasilan 1 kg minyak zaitun membebaskan 10.64 kg karbon dioksida? Jumlah ini seumpama pemanduan dari Nilai ke Sg Besi lebih kurang 42 km.
Ia menunjukkan bahawa produk Olivie, mempunyai tahap pembebasan gas karbon dioksida yang jauh lebih rendah berbanding dengan minyak zaitun lain. Ini adalah langkah signifikan dalam meminimumkan jejak karbon dan melindungi alam sekitar kita.
Secara tidak langsung anda telah menyokong inisiatif hijau dan membantu merealisasi gaya hidup Aafiyat dalam kehidupan harian.
Kami percaya bahawa kesihatan kita adalah tanggungjawab kita dan alam sekitar juga sebagai tanggungjawab kita. Kalau bukan kita siapa lagi?