Aafiyat Cakna: Kenali Gejala Lemah Jantung
Apabila jantung lemah atau gagal berfungsi dengan baik, darah tidak akan dipam secara cukup ke bahagian badan yang lain. Bayangkan keadaan sesak apabila lampu isyarat gagal berfungsi. Kereta bersesak dan tertumpu pada satu kawasan sahaja. Begitulah apabila jantung anda lemah dan menyebabkan darah tidak dapat dipam secara lancar sebaliknya berkumpul di sesuatu tempat sahaja.
Situasi ini akan menyebabkan cecair keluar daripada salur darah dan masuk ke dalam tisu sekeliling.
Lebih bahaya apabila air juga boleh masuk ke dalam kawasan paru-paru terutamanya ruang pertukaran gas iaitu di alveolar. Apabila air memenuhi kawasan tersebut, ia akan menyebabkan pertukaran oksigen menjadi sukar. Pesakit yang mengalami lemah jantung yang teruk akan berasa tercungap-cungap kerana kekurangan oksigen.
Terdapat beberapa simptom lemah jantung iaitu:
📍Mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit dada
📍Mengalami sesak nafas ketika baring
📍Sering batuk waktu sedang baring
📍Terbangun pada waktu malam secara tiba-tiba disebabkan sesak nafas
📍Cepat berasa letih, terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal
📍Bengkak pada bahagian kaki, perut, dan pembuluh darah di leher
Oleh itu, sangatlah penting untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala terutama sekali jika anda merupakan individu yang bergejala. Sayangilah jantung anda!♥️
Rujukan: https://thediagnosa.com/lemah-jantung-punca-simptom-dan-rawatan/