[Infografik] TAHUKAH ANDA? Gabungan Minyak Kelapa, Madu & Garam Laut Boleh Bantu Tidur Lebih Nyenyak?
Pernah tak....pukul 2 pagi mata masih segar macam baru lepas minum kopi 10 cawan?
-
"Kenapa la aku cakap macam tu kat dia 5 tahun lepas..."
-
"Esok nak makan apa eh?"
-
"Kalaulah aku kaya..."
Ini namanya overthinking berjemaah, dan sebenarnya badan anda tengah "stres" dan kekurangan mineral penting untuk recovery.
Solusinya? Gabungan Sinergi Semula Jadi:
🌿 Minyak Kelapa
-
Mengandungi Medium Chain Triglycerides (MCT) yang membekalkan tenaga stabil tanpa membebankan sistem pencernaan.
-
Kajian menunjukkan ia membantu memberikan rasa kenyang lebih lama, jadi perut tak "berbunyi" tengah malam
🍯 Madu Semula Jadi
-
Membantu membekalkan glukosa yang diperlukan otak semasa tidur supaya kita tak terjaga kerana lapar atau penurunan gula dalam darah secara mendadak.
🌊 Garam Laut (Sea Salt)
-
Membantu keseimbangan mineral dan hidrasi sel.
-
Garam yang berkualiti membantu menurunkan hormon stres (seperti kortisol).
Apa manfaat yang anda akan dapat?
~ Tidur Lebih Nyenyak – Bangun pagi rasa lebih segar.
~ Kurangkan Stres & Cemas – Membantu menenangkan sistem saraf.
~ Sistem Imun & Pencernaan – Gabungan lemak sihat dan antioksidan menyokong perut yang lebih selesa.
~ Sumber Tenaga Semula Jadi – Metabolisme badan lebih teratur
Secara ringkasnya…
Kesihatan yang baik bermula dari rehat yang berkualiti.
Kadang-kadang, solusinya ada di dapur kita sahaja, cuma perlu tahu cara "mix & match" yang betul.
