Kebaikan Vitamin E Tokotrienol

Apa itu Vitamin E?
Vitamin E adalah vitamin penting untuk kesihatan manusia, terdiri dari tokoferol dan tokotrienol. Setiap jenis ini memiliki empat pecahan: alfa, beta, gamma, dan delta.
Sumber semula jadi vitamin E termasuk sayur-sayuran hijau, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, beras, oat, barli, dan ‘wheat germ’.
Minyak kelapa sawit adalah sumber kaya vitamin E, terutama tokotrienol, serta vitamin A (beta karotin) dan sterol tumbuhan yang baik untuk kesihatan. Vitamin E dalam minyak kelapa sawit lebih tinggi dalam tokotrienol, yang lebih utama untuk kesihatan dibandingkan tokoferol.
Ramai saintis percaya bahawa vitamin E tocotrienols memberikan banyak manfaat kerana ia lebih baik berbanding dengan tocopherol. Ini kerana ia mengandungi 3 ikatan berganda (double bond) pada rantaian sisi. Ini menjadikan tocotrienol adalah sebatian antioksida yang terbaik!
>>Antara kebaikan vitamin E tocotrienol adalah:
1. Mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas.
2. Melindungi hati dari penyakit ‘hati berlemak’ (NALD).
3. Melindungi sel otak dan saraf dari stroke, Parkinson, dan Alzheimer.
4. Mencegah kanser, terutama kanser kolon dan payudara.
5. Mengurangi risiko penyakit kardiovaskular seperti artherosclerosis dan serangan jantung.
6. Melambatkan penuaan, mempercepat penyembuhan luka dan parut, serta mempercepat penyembuhan tulang patah.