Bingkisan Jumaat: Makanan dan Kesan Pemakanan menurut Perspektif Islam
Ajaran Islam telah mewajibkan penganutnya mengambil makanan yang bersih dan tidak memudaratkan. Islam sangat menekankan supaya sumber makanan harian kita diambil dari sumber yang baik lagi berkhasiat sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah apabila benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.”
(Al-Baqarah:172)
Pengambilan diet yang seimbang merupakan faktor penting bagi menjamin kesihatan fizikal, mental dan rohani manusia. Sama-sama kita amalkan pemakanan Aafiyat untuk menjamin kualiti kesihatan terbaik🤗