Aafiyat Cakna: Kerja Lebih Masa? Sayangilah Jantung Anda
“Mana nak siapkan projek tertangguh..”
“Projek akan datang pun nak kena urus jugak..”
“Silibus mana yang tak cover lagi..Tarikh exam pun dah nak dekat..”
Kini memasuki pertengahan Oktober, kesibukan di jalan raya sudah kelihatan seperti kembali ke rutin normal.
Buat pekerja agensi kerajaan mahupun swasta, pasti merasakan sedikit sesak apabila masa sudah menginjak ke penghujung tahun. Banyak skop kerja perlu diselesaikan segera hingga menyebabkan tumpuan yang lebih dan masa yang lama telah diperuntukkan.
Kajian global pertama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dilakukan pada 2016 mendapati bahawa orang-orang yang tinggal di Asia Tenggara dan wilayah Pasifik Barat adalah yang paling terjejas kepada situasi berkaitan strok dan melibatkan jantung disebabkan lebih masa waktu bekerja. WHO juga mengatakan trend itu mungkin semakin buruk ekoran situasi wabak ini.
Please , janganlah sampai macam tu.
Sayangi juga nilai kesihatan yang anda miliki sekarang ni.
Anda mungkin juga telah pun terjebak kepada makanan-makanan kurang berkhasiat dalam situasi tidak sempat fokus kepada diri sendiri.
Ini akan memburukkan lagi keadaan.
Apa kata cuba semak semula pemakanan harian yang biasa anda makan? Cukup tak nutrient tertentu, contohnya lemak sihat?
Guasch-Ferre yang merupakan Saintis Penyelidikan di Jabatan Pemakananin (Nutrition), Harvard T.H. Chan School of Public Health, Boston mendapati mereka yang memakan lebih daripada setengah sudu minyak zaitun setiap hari mempunyai risiko 15% lebih rendah untuk mengalami sebarang jenis penyakit kardiovaskular dan 21% lebih rendah risiko penyakit jantung koronari.
Jadi, jangan berlengah lagi!
Jomlah kita usahakan kepada menu makanan yang lebih sihat,
Amalkan Minyak Zaitun Extra Virgin setiap hari dan boleh diambil juga bersama-sama Minyak Habbatus Sauda yang tinggi vitamin E untuk manfaat kesihatan tubuh badan anda.🤗