Info Aafiyat: Makanan Tinggi Kolesterol yang Patut Dihindari
Pemakanan yang tidak sihat merupakan salah satu punca utama obesiti yang dihadapi oleh ramai orang.
Makanan tinggi kalori boleh menyebabkan berat badan seseorang individu itu menambah dengan sangat cepat!😱
Oleh itu, elakkan/hadkan:
❌Lemak trans dalam makanan segera, bergoreng, & makanan berproses
❌Hadkan pengambilan lemak tepu daripada sumber haiwan
❌Makanan & minuman tinggi gula seperti pastri, minuman berkarbonat, manisan & gula-gula
❌Makanan tinggi garam seperti makanan segera, makanan berproses, makanan dalam tin & pelbagai jenis sos serta kicap
❌Karbohidrat berproses seperti roti, tepung, gula & nasi putih
Pilihlah makanan yang lebih sihat, kawal saiz hidangan dan jangan lupa bersenam juga penting untuk tubuh badan yang sihat.💪