Tips Aafiyat: 7 Tips Elak Pedih Ulu Hati Ketika Berpuasa
Tahukah anda, ramai dikalangan kita berisiko untuk rasa pedih di ulu hati pada permulaan minggu pertama puasa?
Ia disebabkan oleh perubahan rutin pemakanan secara tiba-tiba.
Jika pada bulan selain bulan Ramadhan kita bersarapan pada jam 7 pagi ke atas, pada bulan Ramadhan rutin bertukar seawal jam 4 atau 5 pagi. Kemudian kita akan menahan lapar dan dahaga untuk tempoh 12-14 jam berikutnya.
Disebabkan perubahan ini secara tiba-tiba, maka yang akan merasa pedih di ulu hati terutamanya pada minggu pertama puasa.
Antara tips untuk mengawal masalah pedih ulu hati ialah:
1️⃣ Berpada-pada makan makanan pedas dan masam ketika sahur dan berbuka
2️⃣ Makan makanan yang kaya dengan serat seperti kurma, sayuran dan buahan
3️⃣ Minum air secukupnya tetapi tidak terlalu banyak (8-10 gelas)
4️⃣ Sahur yang tidak terlalu kenyang
5️⃣ Tidak merokok
6️⃣ Menurunkan berat badan
7️⃣ Mengamalkan minyak zaitun (sebagai sumber lemak sihat & tenaga)
Tips paling berkesan (berdasarkan saranan dan pengalaman Dr Zubaidi Haji Ahmad) adalah dengan mengamalkan minyak zaitun extra virgin semasa bersahur ketika perut kosong.
Fungsinya sangat baik dalam melindungi dan merawat luka atau keradangan dalam perut selain memberi rasa kenyang yang lama insyaAllah.
Rujukan:http://drzubaidi.com/blog/rasa-pedih-perut-semasa-berpuasa/