Untuk Diet Dan Kawalan Gula (PESAKIT DIABETIS), Mana Yang Lebih Baik, Gula Perang Atau Stevia?
UNTUK DIET DAN KAWALAN GULA (PESAKIT DIABETIS), MANA YANG LEBIH BAIK, GULA PERANG ATAU STEVIA?
1. Ramai yang masih keliru, terutama pesakit diabetis dan mereka yang ingin menurunkan berat badan (sedang berdiet), samada gula perang atau stevia yang lebih baik.
2. Gula perang sering disebut-sebut sebagai alternatif semula jadi dan lebih sihat berbanding gula putih.
3. Gula perang dan gula putih dihasilkan dari sumber yang sama iaitu sama ada daripada bit gula atau pokok tebu, dan nilai nutrisinya adalah hampir sama.
4. Gula perang dihasilkan dengan menambahkan 5-10% molase pada gula putih lalu memberikan warna yang lebih gelap dan membekalkan sejumlah kecil vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi dan kalium.
5. Nilai kalori dan karbohidrat dalam gula perang yang lebih rendah sedikit daripada gula putih, tetapi tidak significant.
6. Jadi boleh disimpulkan bahawa pengambilan gula perang tidak lebih baik daripada pengambilan gula putih.
7. Pengambilan gula perang dan gula putih akan meningkatkan tahap gula di kalangan pesakit diabetis dan menyukarkan penurunan berat badan di kalangan mereka yang berusaha menurunkan berat badan.
8. Oleh kerana kedua-dua mempunyai sukrosa dan tiada fiber, nilai GI kedua-duanya adalah sama, iaitu 70 (kategori tinggi).
9. Stevia pula adalah sejenis pemanis semula jadi dihasilkan daripada pokok renek yang berasal dari Amerika Selatan.
10. Stevia mengandungi sebatian yang dipanggil steviol glycosides dengan tahap kemanisan 150 hingga 300 kali ganda lebih manis daripada gula.
11. Tetapi stevia tiada karbohidrat dan tiada kalori. Nilai GI pula zero.
12. Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Jantung Amerika (AHA) dan Persatuan Diabetes Amerika (ADA) berkata bahawa, stevia boleh memberikan manfaat kepada penghidap diabetes jika mereka menggunakannya dengan sewajarnya dan tidak mengambil kalori tambahan pada waktu makan seterusnya.
13. Dalam kajian pada tahun 2018, penyelidik menguji kesan jeli kelapa yang dimaniskan dengan stevia dalam kalangan responden, 30 hingga 120 minit selepas pengambilan pada selang setengah jam.
14. Penyelidikan mendapati bahawa, paras glukosa darah mula berkurangan 60 hingga 120 minit selepas mereka memakan jeli, walaupun sebelum rembesan insulin dikeluarkan oleh pankreas.
15. Secara kesimpulannya, pengambilan gula perang dan gula putih tidak sesuai untuk pesakit kencing manis dan mereka yang ingin menurunkan berat badan.
16. Bagi stevia pula, ia boleh membantu pesakit diabetes kerana ia tidak mempunyai kalori dan tidak menaikkan gula darah anda.
17. Cuma pastikan produk stevia yang digunakan adalah tulen dan tidak dicampur dengan bahan-bahan lain yang boleh meningkatkan glukosa darah.
Semoga bermanfaat.