Aafiyat Sharing: Saranan Waktu Pemeriksaan Jantung
Semakin berumur, pelbagai perubahan akan berlaku pada badan manusia. Dari sihat boleh jadi sakit secara tiba-tiba. Oleh itu, pemeriksaan kesihatan terutamanya pemeriksaan jantung sangatlah penting. Jantung manusia adalah organ utama sistem kardiovaskular.
➡️Golongan lelaki lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular. Jadi, lelaki digalakkan untuk membuat pemeriksaan jantung selepas umur 45 tahun ke atas.
➡️Golongan wanita digalakkan membuat pemeriksaan jantung selepas menopause kerana selepas waktu ini risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular tinggi.
➡️Jika tahap risiko seseorang itu semakin meningkat, perlu jalani pemeriksaan tahunan.
➡️Jika masih muda tetapi ada rasa tidak selesa pada bahagian dada, disarankan untuk melakukan pemeriksaan jantung dengan doktor.
Lakukan pemeriksaan jantung secara berkala & jangan dilupa, Change Now kepada gaya hidup Aafiyat. Semoga bermanfaat untuk semua🤗
Rujukan: Institut Jantung Negara (2022). Cholesterol & Cardiovascular Disease.