Storytelling 22.04.2021 : Belum Terlambat Perbaiki Azam Ramadan Tahun Ini
✨ #OpenMic : Belum Terlambat Perbaiki Azam Ramadan Tahun Ini
Setelah bertahun-tahun kita mengamalkan Ramadan dengan cara yang sama, apa kata tahun ini kita perbaiki sedikit untuk kita betul-betul mendapat manfaat dari sudut kesihatan.
Asbab berbuka, ramai yang melewatkan solat Maghrib. Sedangkan sekiranya anda tahu manfaat yang sedang menanti apabila menyegerakan solat Maghrib, Subhanallah pasti anda akan bersegera.
Setiap 1kg berat badan anda mempunyai 10000 trillion sel. Apabila sedang berpuasa, hati menghasilkan dan membebaskan glukosa terutamanya melalui glikogenolisis dan diagihkan ke seluruh tubuh melalui sel.
Tenaga ini perlu dilepaskan dan pergerakan solat Maghrib sebanyak 3 rakaat dibantu dengan gema tenaga persekitaran waktu Maghrib menyebabkan tenaga yang terhasil sepanjang hari ketika berpuasa dapat disalur ke dalam nukleus sel dan digunakan dengan sempurna. Jadi, anda perlu segerakan solat Maghrib selepas berbuka cukup sekadar segelas air bersama 3 biji kurma.
Usai solat Maghrib, sel tubuh sudah mendapat tenaga dari nutrisi kurma. Ketika ini, rasa lapar dan nafsu makan sudah terkawal. Anda mampu makan dengan tenang dan tidak terburu-buru.
Selesai makan, bolehlah anda bersiap untuk solat Isyak dan tarawih. Bersihkan badan dengan mandi air dingin tanpa menggunakan pemanas. Kemudian sebelum solat Isyak anda boleh ambil setengah cawan susu segar + 3 biji Kurma Ajwah Olive House + satu sudu teh Madu Pergunungan Kyrgyzstan dan dikisar kesemuanya sebagai minuman tenaga untuk melaksanakan solat Isyak diikuti solat tarawih.
Tidur awal setelah selesai tarawih dan membuat sedikit tadarus bersama ahli keluarga atau bersendiri untuk bersedia keesokan hari bersahur dan melakukan rutin harian.
Sedikit tips untuk anda. Elakkan tidur selepas subuh kerana ia boleh mengganggu hormon tyrod. Ia akan menyebabkan masalah terhentinya proses detokfikasi yang sedang berlaku dalam tubuh anda.
Waktu terbaik untuk anda tidur adalah satu jam sebelum masuknya waktu solat zohor. 1 saat anda tidur dalam tempoh ini menyamai tenaga tidur 45minit waktu biasa. Hebat bukan?
Sama-sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat.
#OliveHouse
#KasihRamadhan
#AafiyatLifestyle