[VIDEO] Prof Dr Mohamed Faid: Keistimewaan Minyak Zaitun Berbanding Minyak Sayuran Lain
Ketahui manfaat di sebalik Minyak Zaitun, pohon barokah yang sememangnya jauh berbeza daripada minyak sayuran yang lain.
Minyak zaitun, berbeza dengan minyak sayuran lain kerana:
1. Ia melalui proses perahan sejuk (cold pressed) yang tidak melibatkan bahan kimia.
2. Ia tidak memerlukan tamabahan apa-apa termasuklah pengawet kerana didalamnya sudah terkandung antioksida (elemen yang akan menjaga kualitinya).
Sebagai contoh, mminyak kacang, minyak jagung atau minyak kacang soya, pembuat minyak pasti akan menambah bahan pengawet jenis BHT dan BHA, sekiranya ia tidak ditambah minyak tersebut akan terdedah kepada proses oksidasi dan akan rosak.
3. Ia kaya dengan lemak tidak tepu (Monounsaturated fatty acids dan polyunsaturated fatty acid) yang sangat penting untuk sel saraf, kanak-kanak, wanita dan badan kita
Mengapa Kita Perlu Amalkan Minyak Zaitun?
Kita perlu mengamalkan minyak zaitun kerana:
1. Ia menjadi sumber tenaga yang sangat menyihatkan.
2. Penghadamannya tidak menghasilkan radikal bebas.
Sebagai contoh: Apabila kita memakan daging, ia akan menghasilkan radikal bebas, apabila kita mengambil gula, juga akan menyebabkan penghasilan radikal bebas (yang akan memudharatkan badan)
Namun apabila kita mengambil minyak zaitun, ia akan memberikan kita sumber tenaga yang sihat tanpa radikal bebas!
Bermaksud tidak akan ada unsur yang akan memudharatkan badan kita. Satu-satunya makanan yang tidak menghasilkan radikal bebas apabila dimakan adalah minyak zaitun. SubhanaAllah!
Kerana itu, Prof Dr Mohamed Faid menasihatkan agar minyak zaitun dijadikan antara pemakanan terpenting dalam diet harian kita.
Cadangan Pengambilan Minyak Zaitun (sehari)?
Cadangan pengambilan Prof adalah sekitar 50-100 gram setiap hari.
Bersamaan 52-100ml (3-7 sudu besar) untuk membekalkan antioksida yang cukup untuk melindungi tubuh daripada sebarang penyakit, bukan hanya untuk mencegah penyakit jantung atau menyokong imunisasi tubuh sahaja.