Elaiese : Aku yang Dulu Bukanlah yang Sekarang
Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang..
Dulu, aku bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal berseorangan.
Almari dapur dan Peti Aisku penuh dengan pelbagai minuman manis seperti sarsi, coca-cola, air soya, cincau, biskut berkrim, maggi nugget dan makanan frozen yang lain.
Semasa di Universiti, aku selalu ikat perut jadi kali ini apabila dan bekerja dan bergaji, memang aku sebat semua makanan.
Tanda-tanda awal adalah aku selalu dahaga di tengah malam dan kerap hendak membuang air kecil semasa tidur.
Apabila dahaga, aku akan minum apa saja air yang ada di dalam peti aisku.
Selepas berkahwin pada awal tahun 2017, isteriku hairan melihat mangkuk tandas sering bersemut.
Selepas didesak oleh isteriku yang mengesyaki sesuatu mungkin berlaku, barulah aku ke klinik berhampiran untuk melakukan ujian darah.
Dan 3 hari kemudian aku disahkan menghidap Kencing Manis oleh Doktor Zuhdi yang memeriksa aku ketika itu.
Sebagai pesakit kencing manis, beliau mengatakan bahawa aku perlu mengawal pemakanan terutamanya gula dan keduanya perlu makan ubat seumur hidup!
Dan yang paling mengejutkan aku ketika itu apabila beliau berkata, jika aku tidak mengawal makan dan makan ubat, kemungkinan untuk aku mendapat komplikasi lain seperti serangan jantung dan strok dalam tempoh 6 tahun amat tinggi.
Bayangkan ketika itu, umurku baru sahaja 29 tahun dan baru berkahwin.
Isteri pula sedang mengandung anak pertama kami.
Jika aku meninggal dunia, isteriku akan jadi janda muda dan anakku akan jadi anak yatim!
Selepas tu, aku mula usahakan ubah corak makanan harian.
Semua makanan segera, minuman dalam tin, bergas dan makanan tinggi gula dah tak lagi jadi kebiasaan aku.
Aku mula berhati-hati dalam memilih makanan dan kadang-kadang aku catu nasi jugak!.
Aku jadi bimbang bila terbaca kira-kira 42.9% daripada 897,421 orang pesakit Diabetes Tahap 2 adalah Lelaki (berdasarkan National Diabetes Registry Report 2019).
Aku ada buat pembacaan juga,
Selain Lemak Tak Tepu dalam sumber tumbuh-tumbuhan, Lemak Sihat daripada Minyak Kelapa Sawit Merah juga bermanfaat untuk pesakit Diabetes.
Di dalamnya terdapat Lemak Sihat jenis rantaian sederhana (Medium Chain Fatty Acid) daripada Lemak Tepu yang berbeza dalam sumber haiwan kerana molekulnya lebih kecil.
Dengan kelebihan tinggi Pro Vitamin A dan Vitamin E ini, isteri aku manfaatkan Minyak Sawit Merah dalam menu masakan ‘simple’ ja.
Ada juga ketikanya aku akan makan terus saja Minyak Sawit Merah ni.
Alhamdulillah, ini antara ikhtiar yang aku lakukan.
Kalau korang nak cuba juga,
Boleh cari di pasaran dengan Brand Elaiese.
Memadai korang makan 1-2 sudu besar dalam sehari.
Aku pun dah mula beri Elaiese ni kat anak-anak aku juga.
InsyaAllah semoga kisah tak seberapa aku ni akan bermanfaat untuk korang.
Dan,
Aku masih lagi seorang ‘survivor’ yang akan usaha segala genap penjuru untuk pastikan kehidupan di usia muda aku yang masih bersisa ini berharga.
Korang pun, jaga kesihatan sama!
Kita yang dulu, bukanlah sama seperti sekarang!