Bingkisan Jumaat:Doa Ketika Ziarah Hari Raya
Bingkisan Jumaat
Doa Ketika Ziarah Hari Raya
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ الْأَحْوَالِ، يَا كَرِيمُ يَا مُتَعَالْ، بِجُودِكَ وَكَرَمِكَ حَوِّلْ أَحْوَالَنَا إِلَى أَحْسَنَ أَحْوَال، وَبَارِكْ لَنَا وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ بِبَرَكَةِ شَهْرِ شَوَّال
Maksudnya: “Segala pujian bagi Allah SWT Tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW yang semulia-mulia utusan dan juga ke atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.
Ya Allah wahai Tuhan pentadbir seluruh keadaan Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Tinggi kedudukannya, dengan limpah dan kemurahanMu tukarkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dan berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan Syawal.
Hari demi hari,
Bulan syawal masih dirai.
Mesti jadual hujung minggu anda penuh dengan jemputan rumah terbuka. Dalam kita merai keseronokan jemputan tersebut, marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan insan-insan yang kita ziarahi. Semoga kita sama-sama peroleh kebahagiaan, kerahmatan dan keberkatan dalam meraikan syawal yang mulia ini.
Salam Jumaat! :)