Bagaimana gabungan Jus asli Delima bersama oseltavimir menambah kesan antivirus?
Bagaimana gabungan Jus asli Delima bersama oseltavimir menambah kesan antivirus?
Oseltamivir atau Tamilflu merupakan ubat antivirus dari golongan neuraminidase inhibitor (NAI) yang digunakan untuk mengubati influenza jenis A dan B. Ubat ini bekerja dengan cara menghambat aktiviti enzim neuraminidase yang terdapat pada permukaan virus.Dengan mengurangi aktiviti enzim tersebut, peluang virus untuk hinggap di tubuh, bereplikasi, serta merosak sel-sel sihat dapat dikurangkan.
Dikabarkan bekalan ubat ini semakin menipis di farmasi dan pusat-pusat kesihatan.
Sekumpulan pengkaji membuat kajian tentang kesan synergi ubat ini bersama dengan ekstrak delima asli. Ekstrak delima asli bermaksud perahan delima bersama empulurnya tanpa tambahan gula.
Didapati gabungan Jus asli Delima bersama oseltavimir menambah kesan antivirusnya yang berganda.
Ini kerana Punicalagin yang terdapat dalam Jus Delima berupaya menghalang replikasi virus influenza dan gabungan nya membuatkan nya lebih signifikan berbanding pengambilan secara tunggal.
Rujukan: Haidari, M., Ali, M., Casscells III, S. W., & Madjid, M. (2009). Pomegranate (Punica granatum) purified polyphenol extract inhibits influenza virus and has a synergistic effect with oseltamivir. Phytomedicine, 16(12), 1127-1136.