Pengetahuan Am : Menurunkan Kolesterol Dengan Lebih Berkesan

Ramai di antara pesakit saya yang mengeluh. Sudah makan ubat anti-kolestrol statin tapi tahap kolesterol masih tak turun. Kesan sampingan sudah terasa. Sakit otot dan rasa tidak bertenaga. Doktor sudah bagi dos dari 20mg kepada 40mg. Tapi masih tak turun.
Ada juga yang takut ambil ubat statin kerana percaya ubat sintetik sangat berbahaya.
Saya sendiri tidak menjadi orang kanan atau kiri iaitu orang yang menolak atau orang yg fanatik. Saya mahu menjadi orang bersederhana. Jika ubat sintetik statin masih tidak berkesan, ambillah langkah yang lebih berkesan.
Saya menggalakkan yang ada masalah kolesterol ambillah dua pendekatan ini, iaitu lakukan aktiviti fizikal dan ambil minyak zaitun (sumber lemak sihat monounsaturated fatty acid).
Sama ada mahu mengambil ubat statin itu atau tidak, terserah. Dengan mengambil ubat tersebut, ambil minyak zaitun dan bersenam, sudah tentu lebih berkesan terutama mereka yang baru mengalami masalah tahap kolesterol yang tinggi.
Begitu juga bagi pesakit yang mengalami masalah tahap kolestrol yang degil dan susah nak turun.
Sepertimana yang kita tahu bahawa minyak zaitun dan senaman adalah dua faktor yang independent menurunkan tahap kolesterol. Maknanya jika amalkan minyak zaitun saja pun sudah menurunkan tahap kolesterol. Bersenam sahaja juga dapat menurunkan tahap kolesterol. Jika kita gabungkan keduanya, sudah tentu kesannya berganda.
Saya mengamalkan dua sudu minyak zaitun OLIVIE bersama Vitamin E 100mg sebelum memulakan senaman. Vitamin E juga dapat menurunkan tahap kolesterol, merendahkan pengoksidaan lemak (lipid oxidation) yang menyebabkan saluran darah tersumbat.
Jadi lakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian, amalkan minyak zaitun (saya amalkan minyak zaitun OLIVIE dan OPU) serta suplemen seperti vitamin E, vitamin C dan vitamin D.
Yang penting sabar dan istiqamah dalam amalan pemakanan dan aktiviti fizikal kita. Insyaallah akan menunjukkan kesan positif.
Semoga bermanfaat.
Rujukan :
Sasahara, Chihoko, Burns, Stephen, Miyashita, Masashi, Stensel, David. Beneficial effects of combined olive oil ingestion and acute exercise on postprandial TAG concentrations in healthy young women. January 2012The British Journal of Nutrition 108(10):1-7
Sumber : Facebook Dr Zubaidi Hj. Ahmad
Sumber : Facebook Dr Zubaidi Hj. Ahmad