Zaitun ada banyak jenis?
Zaitun ada banyak jenis?
Jom kenali kultivarnya!
1. Picholine: Kultivar Picholine ini banyak ditanam di Selatan Perancis serta Morocco, dimana buahnya berwarna hijau dan mempunyai saiz sederhana dan bentuk memanjang. Buah jenis ini dimakan segar serta turut diproses, ia juga mempunyai rasa lembut dan rasa seperti kacang (nutty taste).
2. Kornoneiki: Kultivar Kornoneiki ini berasal dari Greece. Saiz buahnya kecil dan agak sukar untuk ditanam, namun ia digunakan secara eksklusif untuk pengeluaran minyak berkualiti tinggi.
3. Manzanillo: Kultivar Manzanillo ini berasal dari Sepanyol. Ia mempunyai saiz besar, berwarna ungu kehijauan dan berbentuk bulat oval. Isinya tebal dan kaya dengan zat dimana ia kini ditanam di kebanyakan negara lain.
4. Frantoio: Kultivar Frantoio ini berasal dari Itali, di mana ia menjadi bahan asas untuk industri minyak zaitun di negara tersebut. Kini varieti ini telah banyak ditanam di beberapa negara lain kerana ia mempunyai nilai yang tinggi serta rasa yang manis dan sedap.