Aafiyat Sharing: Kawal Tekanan Untuk Elak Gemuk
Masih lagi berkisar isu obes atau gemuk untuk kita lebih jelas bahwa obes adalah pintu kepada masalah kesihatan yang lain. Kali ini kita lihat kaitan obes dengan stres atau tekanan.
Kenapa stres juga dikaitkan dengan peningkatan berat badan? Ia berkaitan dengan sejenis hormon yang dikeluarkan ketika anda sedang stres yang membuatkan keinginan anda untuk makan bertambah. Hormon yang dimaksudkan ialah hormon kortisol.
Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti. Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.
Kurangkan stres yang dialami dengan cara mengamalkan kaedah 10B iaitu:
1️⃣Bertenang
2️⃣Bernafas dengan dalam
3️⃣Berkata `rilakslah’/ tak mengapa
4️⃣Beribadat/Berzikir
5️⃣Bercakap dengan seseorang
6️⃣Berurut
7️⃣Berehat dan mendengar muzik
8️⃣Beriadah
9️⃣Bersenam
🔟Berfikiran positif
Selain kaedah 10B di atas, menjaga diet pemakanan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan tinggi nutrisi juga sangat disarankan. Dapatkan info dan pelbagai tips kesihatan dengan menyertai kempen Change Now. Hubungi ejen Olive House berhampiran anda segera.😉
Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia