Aafiyat Cakna: Risiko & Akibat kurang Tidur Terhadap Tubuh Badan
Best kan kalau tidur lewat dengan layan movie, main games tengah malam sampai pagi buta. Alasan sebab nak rehat, rilek-rilek selepas dah penat seharian kerja. Nak tidur pun rasa macam tak perlu pun kan. Tapi tahukah kita, korban waktu tidur malam sangat memberi risiko terhadap tubuh badan.
⚠️Kurang tidur menyebabkan badan mengalami keletihan yang lebih dan mengurangkan aktiviti fizikal
⚠️Kurang tidur memberi gangguan fungsi kognitif, menjadi pelupa dan tiada daya tumpuan
⚠️Kurang tidur boleh menyebabkan penyusutan fungsi otak yang sangatlah penting untuk proses pembelajaran
⚠️Kurang tidur memberi risiko mendapat obesiti dan penyakit diabetes kerana berlaku gangguan pada metabolisma badan dan perubahan hormon (insulin dan kortisol) yang menyebabkan kerap lapar
⚠️Kurang tidur menyebabkan imuniti badan menjadi rendah dan boleh menyebabkan infeksi badan seperti selesema dan lain-lain
Sejujurnya, tonton movie atau main games sampai sangup korban waktu tidur malam tidaklah memberi rehat yang kita inginkan. Tidurlah ikut fisiologi badan yang telah diaturkan. Makanlah ikut makanan yang badan kita perlukan. Perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti buah zaitun yang tinggi serat. Inshaa Allah bukan setakat tidur menjadi lebih berkualiti, malah kualiti kehidupan secara keseluruhan juga akan lebih baik. Change Now kepada gaya hidup Aafiyat!💪
Rujukan:
(1) Cooper, C. B., Neufeld, E. V., Dolezal, B. A., & Martin, J. L. (2018). Sleep deprivation and obesity in adults: A brief narrative review. BMJ Open Sport & Exercise Medicine, https://doi.org/10.1136/bmjsem-2018-000392
(2) Kementerian Kesihatan Malaysia