Aafiyat Cakna: Malaysia Masih Juara ‘Gemuk’ Negara Asia
‘50.1% atau 10 juta dewasa di Malaysia diklasifikasikan mempunyai berat badan berlebihan dan obes pada tahun 2019. Perkadaran ini meningkat kepada 54.2% pada tahun berikutnya..’
(Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)
‘Trend’ peningkatan ini akan lebih meningkat selepas ini jika rakyat Malaysia tidak ada kesedaran untuk merebut ruang perubahan yang sentiasa wujud.
Selain daripada kurangkan menu makanan bergoreng, lemak tepu (sumber haiwan) serta berhenti ambil makanan yang ada lemak trans; jangan tak tau ya bahawa masih wujud kategori lemak yang selamat dimakan!
Sebuah kajian dilakukan terhadap sekumpulan wanita yang mempunyai lebihan berat badan selama 9 minggu berturut-turut menunjukkan 80% kadar kehilangan lemak selepas mengambil minyak zaitun ketika sarapan berbanding minyak kacang soya.
Minyak zaitun secara semulajadi mengandungi lemak sihat jenis MUFA (mono unsaturated fatty acid) yang berperanan mengelakkan penambahan berat badan dan pengumpulan lemak berlebihan dalam tubuh badan.
Apa kata cuba amalkan minyak zaitun dengan azam baru (yang kita dah tak nak ke laut)..
Add on juga kerajinan pengambilan air kosong dan sedap diminum apabila ditambah sedikit cuka buah untuk kekalkan kecergasan lalui hari-hari kesibukan tugas di tempat kerja masing-masing.
Asalkan kemahuan untuk Change Now itu wujud demi menjalani kehidupan lebih Aafiyat.🤗
Rujukan:
(1)https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28808791/
(2)https://codeblue.galencentre.org/2021/11/30/more-malaysians-overweight-obese-in-2020/