PhenOLIV : Jom ! Ubah Corak Pemakanan Kita
Apa?
Ubah corak makanan?
Cakap memang la senang, nak konsisten tu lah kan..
Apa taknya,
Makanan yang dah sangat sebati dengan kita bertahun-tahun lamanya..
Nasi lemak, teh tarik,
Nasi goreng ikan masin,
Pisang goreng cheese coklat,
Teh ais kaw..
Fuh memang padu sangat lah!
Walaupun anda mungkin tahu bahawa makanan sebegini dapat meningkatkan risiko kepada penyakit berkaitan jantung,
Tetapi mengubahnya akan sering kali menjadi sukar.
Berdasarkan laporan akhbar berkaitan perangkaan sebab kematian di Malaysia pada 2020,
Penyakit Jantung Iskemia (Ischaemic heart diseases) kekal sebagai penyebab utama kematian (15.6 %) daripada 109,164 kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun 2019.
Peratusan kepada penyakit berkaitan jantung ini masih kekal di carta teratas angka kematian di Malaysia 13 tahun berturut-turut sejak tahun 2005.
Pengambilan makanan jenis berdaging berlebihan yang tinggi lemak tepu hampir setiap hari oleh Rakyat Malaysia akan mendatangkan lebih mudhorat lagi apabila tabiat minuman manis tidak dikurangkan khususnya yang mengandungi gula putih.
Banyak juga kajian saintifik memaparkan kesan buruk gula putih kepada meningkatkan tekanan darah dan meningkatkan keradangan kronik, yang kedua-duanya berisiko kepada jantung.
Justeru, kami ingin cadangkan agar anda cuba ambil jalan keluar daripada situasi mencemaskan ini. Itu adalah lebih baik.
Belajar ambil lemak sihat daripada sumber tumbuh-tumbuhan setiap hari, contohnya daripada Minyak Zaitun.
Seperti saranan yang selalu diberikan oleh Ahli Pemakanan (Dietitian mahupun Ahli Nutrisi), untuk penjagaan jantung bagi jangka masa panjang perlulah difokuskan kepada lemak tidak tepu seperti Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ yang juga tinggi Vitamin E, kandungan seperti Fenolik dan Hydrocarbon Squalene.
Kandungan sebegini telah dikaji akan peranannya dalam mengurangkan kesan keradangan yang berlaku di dalam tubuh badan termasuk di bahagian jantung.
Maka dengan itu, kami sarankan anda konsisten amalkan ‘PhenOLIV’ iaitu Minyak Zaitun tinggi fenolik daripada wilayah bersejarah Arkadia di lereng lembah pergunungan ini setiap hari untuk manfaat kesihatan di hari-hari mendatang.
Fenolik di dalam Minyak Zaitun secara semulajadinya menghadkan pengoksidaan LDL yang boleh menyebabkan pembentukan plak di salur darah di mana akan menyekat aliran darah ke Jantung kita, menyebabkan serangan jantung terutamanya.
Semoga dengan usaha konsisten amalkan Minyak Zaitun akan bantu kita lebih sihat.
Jom bersama amalkan!