Ebook 1 Panduan Pemakanan Aafiyat (Edisi 1)
Dapatkan ebook panduan berkenaan penyakit Obesiti, Kolesterol, Darah Tinggi, Diabetes, Kardiovaskular, Kanser, Long Covid. [Sila download PDF serta gambar di pautan dibawah]
Makanan adalah keperluan yang sangat penting kepada manusia dalam meneruskan kelansungan hidup dan kualiti kehidupan.
Walaubagaimanapun, sekiranya tiada panduan jelas dalam pemakanan sihat dan seimbang, ianya boleh menjadi penyebab utama yang menyumbang kepada sesuatu penyakit, kerana banyak penyakit boleh bertandang jika gagal mengawal pemakanan. Bukan itu sahaja mereka yang sedia ada memiliki penyakit juga diwajibkan untuk menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit tidak merebak menjadi lebih serius.
Kami di Aafiyat Group tidak menghalang pesakit mahupun golongan yang sihat untuk menikmati juadah tetapi perlu bijak semasa memilih jenis dan kuantiti makanan. Setiap sajian yang diambil haruslah memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh iaitu memenuhi diet seimbang dalam kuantiti sederhana terutama bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik bagi mengelakkan timbulnya masalah lain.
Bagi meningkatkan kualiti kesihatan dengan berlandaskan ilmu serta bersistematik, Aafiyat Group telah menyediakan Ebook Panduan Pemakanan Aafiyat yang disertakan dengan kajian saintifik bagaimana makanan bernutrisi tinggi boleh membantu membekalkan khasiat yang diperlukan oleh tubuh sekaligus memberikan sokongan untuk membantu meningkatkan kualiti kesihatan bagi penyakit utama di Malaysia seperti masalah jantung, kencing manis, diabetes dll.
Antara saranan Aafiyat adalah:
• Makan mengikut keperluan tenaga seharian
• Mengambil jumlah hidangan yang betul
• Elak daripada mengambil terlalu banyak lemak yang kurang sihat
• Makan pelbagai jenis sayur dan buah
• Hadkan pengambilan garam
• Kurangkan pengambilan gula dalam makanan
Ayuh kita bersama-sama mengamalkan pemakanan sihat pada setiap hari bagi memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga dan terhindar daripada jangkitan penyakit, di samping mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit.