CW 07.05.2021 : Makanan Mempengaruhi Sikap dan Kehidupan
✨ Bingkisan Jumaat : Makanan Mempengaruhi Sikap dan Kehidupan
Salam Jumaat, penghulu segala hari. Ayuh banyakkan berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW, mudah-mudahan kita beroleh syafaat baginda di hari akhirat nanti.
Sesungguhnya baginda merupakan contoh tauladan yang sangat sesuai dalam segenap segi. Pertuturannya, tingkahlakunya, akhlaknya, politiknya, sosialnya, cara pergaulannya dan seumpamanya. Maka sewajarnyalah kita mengikut amalan-amalan baik yang baginda wariskan kepada kita umatnya.
Aspek pemakanan merupakan salah satu aspek yang Baginda Nabi SAW cukup menjaganya dan sangat berhati-hati mengambilnya. Justeru apa sahaja yang menjadi kegemaran Baginda Nabi SAW, apa sahaja yang Baginda Nabi SAW makan dan minum semuanya dengan izin dan kehendak Allah SWT.
Bertuahlah mereka yang dapat mengikut jejak langkah Baginda Nabi SAW dalam aspek ini.
Firman Allah SWT bermaksud: "Hai para Rasul, makanlah daripada makanan yang baik dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan." (Surah Al-Mu'minun, ayat 51).
Selamat beramal !
#Olivehouse
#KasihRamadhan
#AafiyatLifestyle