Tokotrienol dan Tokoferol
Maklumat berkaitan potensi tocotrienol
1. Apakah vitamin E, pecahan dan komponennya?
Vitamin E adalah salah satu sebatian antioksidan yang terdiri daripada Tokotrienol (Tocotrienol) dan
Tokoferol(Tocopherol). Keduanya wujud dalam 4 bentuk kimia (alpha-, beta-, gamma-, and delta-)
yang setiap satunya membawa kesan biologi yang berbeza.
2. Apa perbezaan keduanya?
Tokotrienol memiliki fungsi antioksidan yang lebih kuat daripada tokoferol. Ini
terutama terkait dengan struktur kimianya yang unik, yang memungkinkan untuk
menembusi membran sel yang lebih baik dan perlindungan yang lebih efektif terhadap
radikal bebas di dalam sel.
3. Apakah kesan sinergi gabungan Tokotrienol dan Tokoferol dalam diet?
Kombinasi tokotrienol dan tokoferol juga dapat memberikan perlindungan terhadap
kanser. Keduanya memiliki sifat antioksidan dan anti-inflamasi yang dapat membantu
melawan pertumbuhan sel kanser dan menghambat proses karsinogenesis
(pembentukan kanser). Terdapat kajian menunjukkan kombinasinya berjaya
menghalang sel kanser prostat dari merebak dengan lebih teruk.
Diantara kesan lainnya adalah:
4. Sumber tokotrienol dan tokoferol?
Tokoferol boleh didapati dari minyak sayuran seperti minyak zaitun, kekacang,
sayuran hijau dan sebagainya manakala tokotrienol boleh didapati dari biji delima atau
minyak sawit.
5. Apakah kesan synergi apabila tokotrienol digabung dengan Hydroxytyrosol?
Tokotrienol boleh dikatakan yang terhebat dikalangan vitamin E dan hydroxytyrosol
adalah diantara antioksidan yang terhebat dikalangan polifenol yang lain. Dimana
kedua-duanya mempunyai nilai potensi (walau nilai yang sedikit yang memberi impak
yang signifikan) yang tinggi serta kebolehan penyerapan ke dalam darah dengan lebih
baik.
Penggabungan kedua bahan ini mampu membantu dalam menghalang serta
memperbaiki keadaan badan yang datangnya dari oksidasi dan keradangan yang
hebat yang berlaku (seperti penyakit hati, kanser dan penyakit berkaitan fungsi
jantung). Ini kerana mekanisma antioksidanya yang berbeza yang bertindak seperti
tentera berlainan senjata dari menghalang oksidasi berlaku lebih teruk dalam badan.
Diantara mekanismanya adalah:
- Mekanisma antioksida tokotrienol adalah dengan wujudnya kesan antiaterogenik
(menghalang pembentukan plak) serta perlindungan DNA seperti yang dibuktikan
dengan penurunan kerosakan DNA3.
- Mekanisma hydroxytyrosol pula dengan mempunyai aktiviti pembersihan yang
kuat terhadap pembentukan superoksida dan menghalang oksidasi yang diinduksi
oleh CuSO4 sepenuhnya2
6. Wujudkah kesan negatif terhadap sinergi tersebut?
Tiada kajian menunjukkan kesan negatif sinergi tersebut.