• Login
  • Register
Related Topics
Pengetahuan Am : Adakah Makanan yang Mengandungi Gluten Berbahaya Pada Kesihatan?
Pengetahuan Am : Fakta Mengenai Gula
Pengetahuan Am : Pedih Ulu Hati
Pengetahuan Am : Diabetes dan Anda
Pengetahuan Am : Vertigo
Tags:
Pengetahuan am

Pengetahuan Am : Masalah Tumbesaran Kanak-Kanak

Apakah maksud masalah tumbesaran?

  • Masalah tumbesaran bermaksud bayi, kanak-kanak dan remaja membesar dengan tidak normal, dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mencapai potensi tumbesaran mereka yang sebenar.
  • Ibu bapa membawa anak mereka berjumpa dengan doktor kerana anak mereka lebih kecil atau pendek daripada rakan-rakan sebaya.
  • Tumbesaran kanak-kanak merupakan indikator utama yang menunjukkan status kesihatan dan kehidupan mereka.
  • Tumbesaran kanak-kanak dapat dilihat pada carta tumbesaran yang standard. Apabila tumbesaran kanak-kanak menunjukkan tumbesaran abnormal, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pemeriksaan yang teliti. Sebab tumbesaran yang abnormal ini perlu dikesan supaya rawatan dapat diberikan.

Apakah sebab-sebab masalah tumbesaran?

Sebab-sebab masalah tumbesaran kanak-kanak boleh terbahagi kepada beberapa kategori.

Terdapat kanak-kanak yang bersaiz kecil atau pendek tetapi mereka ini adalah normal. Ini disebabkan ibu bapa mereka yang bersaiz kecil atau pendek akan melahirkan anak-anak yang sedemikian juga.

  • Kanak-kanak lewat matang (delayed bloomer): kanak-kanak ini lebih pendek daripada rakan sebaya pada permulaannya tetapi akhirnya akan mencapai ketinggian pendek yang normal (seperti rakan sebaya yang lain).
  • Penyakit-penyakit yang melibatkan seluruh badan (penyakit sistemik) yang serius, tidak dirawat atau tidak dirawat dengan sempurna boleh mengganggu proses tumbesaran. Contoh-contoh penyakit tersebut ialah:
    *Malnutrisi
    *Penyakit usus
    *Penyakit buah pinggang
    *Penyakit darah (hematologi), contohnya talasaemia
    *Penyakit sistem saraf
    *Diabetes mellitus
    *Trauma atau tekanan mental yang serius

  • Penyakit yang berkaitan dengan hormon :
    *Kekurangan hormon tiroid.
    *Sindrom Cushing (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal secara berlebihan).
    *Kekurangan hormon pembesaran (growth hormone) menyebabkan kanak-kanak menjadi kerdil.

  • Penyakit kongenital (sejak lahir) yang berlaku semasa tisu-tisu badan sedang membesar:
    *Pembesaran yang terbantut semasa janin.
    *Masalah kromosom – contohnya sindrom Turner.
    *Masalah tulang (penyakit tulang atau tumbesaran tulang yang abnormal).

  • Terlalu tinggi :
    *Kanak-kanak atau remaja perempuan yang terlalu tinggi.
    *Cepat akil baligh (precocious puberty) – kanak-kanak mencapai akil baligh lebih awal sebelum umur yang sepatutnya.
    *Penyakit genetik – contohnya sindrom Marfan.

  • Idiopatik (idiopathic) :
    *sebab-sebab yang tidak dapat dikesan.

Tanda-tanda dan gejala

Masalah tumbesaran dapat dilihat selepas kelahiran atau dikesan kemudian, contohnya :

  • Berat badan lahir bayi adalah kurang dari sepatutnya (small for age)
  • Pembesaran yang minima, contohnya ketinggian yang dicapai dalam setahun adalah < 5 cm/setahun (untuk kanak-kanak berumur melebihi 2 tahun)
  • Terdapat tanda-tanda dan gejala lain tetapi ini bergantung kepada penyakit-penyakit yang tertentu. Anda perlu berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan yang menyeluruh.

 

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/masalah-pembesaran/

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary