FAQ Madu Pergunungan Kyrgystan
Soalan Lazim Mengenai Madu Gunung Kyrgystan
[Sila download dan rujuk PDF untuk soalan lazim mengenai Madu Pergunungan Kyrgystan]
1. Apakah isi kandungan madu?
• Madu merupakan sebatian yang mengandungi karbohidrat, campuran gula (fruktosa, glukosa, sukrosa), air, mineral, vitamin dan enzim.
2. Apakah kristalisasi madu (honey crystallization)?
• Kristalisasi madu (honey crystallization) adalah satu proses semulajadi yang berlaku dalam madu asli.
• Ia akan menyebabkan madu menjadi likat dan lapisan madu yang berwarna putih-kekuningan dapat dilihat di dalam madu.
• Proses ini akan menghasilkan dua lapisan madu – madu cair dan madu likat.
3. Kenapa madu menjadi likat?
• Tindak balas kimia di antara dua gula (fruktosa dan glukosa) yang hadir secara semulajadi di dalam madu.
• Setiap jenis madu mempunyai nisbah kandungan fruktosa dan glukosa yang berbeza.
• Oleh itu, proses crystallization berbeza bagi setiap madu.
4. Apakah perbezaan di antara madu cair (lapisan atas) dan madu likat (lapisan bawah)?
• Madu cair (lapisan atas) – tinggi kandungan fruktosa
• Madu likat (lapisan bawah) – tinggi kandungan glukosa
5. Apakah faktor yang menyebabkan madu menjadi likat?
• Nisbah atau kandungan fruktosa dan glukosa yang berbeza (semakin tinggi kandungan glukosa, semakin mudah madu menjadi likat).
• Kandungan debunga (pollen) dalam madu (semakin banyak debunga, semakin mudah madu menjadi likat).
6. Bagaimana untuk mencairkan madu yang telah menjadi likat?
• Cairkan madu pada suhu panas yang bersesuaian (< 50℃).
• Cadangan 1: Rendamkan botol madu di dalam air suam sehingga madu cair.
• Cadangan 2: Campurkan madu yang menjadi kristal ke dalam air suam.
• Peringatan: Pemanasan yang berlebihan (> 50℃) akan mengurangkan kualiti madu, menghilangkan nutrient (kebaikan) dan enzim yang terdapat pada madu.
7. Adakah crystallization madu mengubah kandungan nutrien madu?
• Proses crystallization tidak akan mengubah kandungan nutrien madu.
• Ia hanya mengubah rupa fizikal dan warna madu (menjadi likat dan keruh).
8. Adakah madu yang menjadi likat telah rosak dan tidak boleh dimakan lagi?
• Madu likat masih dalam keadaan yang baik, berkualiti dan selamat untuk dimakan.
9. Adakah madu menjadi likat disebabkan oleh gula tambahan atau madu tiruan?
• Proses cystallization madu merupakan proses semulajadi pada madu asli sahaja.
• Ia menunjukkan keaslian madu (asli dan semulajadi).
10. Adakah madu yang tidak menjadi likat dianggap tidak asli?
• Setiap jenis madu mempunyai nisbah kandungan fruktosa dan glukosa yang berbeza.
• Oleh itu, proses crystallization berbeza bagi setiap madu.
11. Bagaimana cara untuk mengenalpasti keaslian/ketulenan madu?
• Salah satu cara untuk mengenalpasti keaslian madu ialah dengan mendapat Pensijilan Autentik daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
• Logo Skim Pensijilan Makanan Autentik: