Sakit-Sakit Ringan Ketika Haji

Sakit-Sakit Ringan Ketika Haji
Seperti kita tahu, penjagaan kesihatan merupakan perkara utama yang perlu diawasi sebelum berangkat menunaikan Haji. Oleh itu, setiap bakal jemaah wajib untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil vaksinasi terlebih dahulu sebelum berangkat.
Ini kerana, pelbagai faktor yang boleh menjadi punca para jemaah mudah mendapat penyakit! Ia boleh disebabkan faktor perubahan cuaca, kekurangan air, makan yang tidak teratur, kurang tidur dan keletihan.
>>Jom ketahui jenis-jenis sakit ringan yang sering dihadapi oleh jemaah haji ketika di tanah suci:
- Batuk dan Demam Selsema - Disebabkan perubahan cuaca yang terlalu panas dan keadaan yang berpasir
- Penyakit Kulit - Keadaan yang sejuk menyebabkan kulit cepat kering dan air yang diproses dari air laut juga boleh menyumbangkan kepada sakit kulit.
- Hidung berdarah - Keadaan cuaca panas dan kering atau sejuk boleh menyebabkan tahi hidung menjadi keras, berkeping-keping dan mudah berdarah
- Bisul - Bisul terjadi apabila pengumpulan nanah di mana-mana bahagian badan yang disebabkan jangkitan dan pembiakan kuman
- Sukar membuang air besar - Kekurangan mineral dan fiber
- Cirit-birit ringan - Ia boleh terjadi disebabkan gangguan pencernaan disebabkan keadaan yang tergesa-gesa atau disebabkan kebersihan makanan tersebut.
Tips mengatasi : Pengambilan Minyak Zaitun Olivie Plus 30x membantu memberikan tenaga dan melindungi daripada jangkitan penyakit.
Semoga ia dapat menjadi rujukan di masa hadapan, dan anda akan lebih berjaga-jaga semasa menunaikan Haji! Semoga bermanfaat!