Aafiyat Sharing: Corak Pemakanan Harian kita
Saya anak Malaysia …
Saya anak Malaysia …
Saya anak Malaysia …
Saya anak Malaysia …
Melayu Cina Iban India …
Kadazan Portugis pun ada …
Semua kaya dengan budaya …
Di bawah kibaran satu bendera …
Lagu yang sebati dengan rakyat Malaysia..
Ya, kaya dengan budaya.
Dengan pelbagai budaya inilah juga lahirnya kepelbagaian jenis makanan.
Corak pemakanan harian kita yang tinggi kolesterol, garam, gula, serta kurangnya pengambilan serat.
Apa tidaknya,
pagi ambil teh tarik dengan roti canai,
tengah hari pulak nasi kandar, kuah campur taruk atas dan ayam ‘request’ bahagian paha, malam pulak nasi lemak ayam berempah dengan nescafe ais😱
Allahuakbar,
Dengan corak pemakanan sebegini ditambah pula budaya merokok seawal remaja dan musim PKP yang membataskan aktiviti fizikal telah menambahkan lagi keterukan risiko berkaitan jantung di usia muda.
Oleh itu, jom lah segera bertindak untuk mengubah corak pemakanan harian kepada yang lebih aafiyat dengan mencukupkan keperluan nutrisi kepada tubuh badan.
Anda mampu melakukannya!💪🏼