Aafiyat Lifestyle: Pesakit Obesiti Yang Menghidap Asma Meningkat
Kajian populasi yang dijalankan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan penyakit asma dalam kalangan orang yang berlebihan berat badan mengalami peningkatan berbanding orang yang mempunyai berat badan normal.
Bukan itu saja.
Statistik menunjukkan hamper 25% kanak-kanak dan 15% orang dewasa menghidap penyakit asma di Malaysia.
Lebih memburukkan keadaan masalah berkenaan turut meningkatkan risiko kematian disebabkan kegagalan mengambil ubat seperti yang diarahkan dan tidak mengurus gejala yang dialami.
Andai anda mengalami asma yang sangat kronik. Admin menyeru agar anda segera dapatkan nasihat dari pakar anda & ambil ubat yang disarankan yaa.