Aafiyat Sharing: Rawatan Untuk Penyakit Pedih Ulu Hati
Penyakit pedih ulu hati ini berlaku apabila asid perut naik ke permukaan dalam esofagus dan menyebabkan berlaku keradangan. Keradangan inilah punca kita rasa pedih ulu hati. Sakit ini boleh berulang-ulang berlaku jika tiada pengawasan pemakanan yang betul.
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidakselesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat-ubatan. Tetapi sekiranya gejala semakin teruk, ubat-ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu sahaja. Sekiranya anda mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.
Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu. Ubat seperti Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan gejala kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi. Metaclopramide juga boleh diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera.
Namun, ubat hanya mampu mengurangkan bukan merawat gejala. Paling penting untuk mengelakkan dari berlaku pedih ulu hati secara berulang-ulang adalah dengan pemakanan sihat kaya dengan zat dan nutrisi penting untuk menyokong fungsi perut dan usus kita terutama di bulan Ramadhan ini. Cuba amalkan minyak sihat seperti minyak zaitun untuk melancarkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia akan melepaskan asid perlahan-lahan ke dalam perut semula mengelakkan keradangan berlaku. Amalkan 1 sudu besar semasa sahur atau malam sebelum tidur.
Rujukan: Knowledge Management Aaafiyat Group