CW 02.04.2021 : Bingkisan Jumaat
Salam pagi Jumaat dan salam aafiyat buat semua. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT.
Jom kita renungi kata-kata pujangga di pagi Jumaat ini
''Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”
Allah SWT berfirman:
"Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat).” - (Hadis Qudsi: Muttafaqun ‘alaih) [HR. Bukhari, no. 6970 dan Muslim, no. 2675]
Jangan lupa amalkan super food Olive House setiap awal pagi atau setelah kita bangun dari tidur. Semoga kesihatan kita sentiasa mantop dan dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna.
Moga bermanfaat !