Info Aafiyat: Bagaimana Kanser Bermula?
Tubuh kita memiliki lebih dari seratus juta sel. Kanser bermula apabila berlaku perubahan dalam satu struktur sel atau sekumpulan kecil sel.
Hormon juga memainkan peranan dalam pertumbuhan sel kanser iaitu menjejaskan berat badan, suhu badan dan juga mood, menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan. Risiko mendapat kanser meningkat apabila:
🧫Selepas menopaus, hormon estrogen yang dihasilkan oleh sel-sel lemak menyebabkan sel-sel di payudara dan rahim lebih cepat membiak dan meningkatkan risiko mendapat kanser.
🧫Lebihan lemak meningkatkan aras insulin dan faktor pertumbuhan lain yang menyebabkan sel-sel membiak dengan lebih cepat
🧫Sel dalam lemak iaitu makrofaj merembeskan bahan kimia yang dipanggil sitokin yang menggalakkan pertumbuhan sel (termasuk sel kanser)
Dianggarkan 30%-50% kanser boleh dicegah melalui gaya hidup sihat. Lebihkan makanan berasaskan tumbuhan mengandungi pelbagai serat, vitamin, mineral dan antioksidan yang diperlukan tubuh seperti sayuran, minyak zaitun, bijirin penuh dan kekacang.
Rujukan:
(1) Kementerian Kesihatan Malaysia
(2) Diet & Cancer Risk | MD Anderson Cancer Center