Aafiyat Cakna: Simptom Dehidrasi Ketika Bulan Puasa
Bayangkan pokok yang kelayuan akibat cuaca panas dan menerima bekalan air yang tidak mencukupi. Begitu juga dengan kita sebagai manusia yang tubuh kita sendiri terdiri dari 60-70% cecair.
Pelbagai jenis simptom dehidrasi boleh dialami. Antaranya adalah:
💧Kehausan
💧Kurang kencing
💧Air kencing berwarna pekat
💧Kelesuan/Mengantuk
💧Lemah otot
💧Pening kepala
Secara amnya, mereka yang tidak minum cukup air akan mengalami simptom di atas.
Dehidrasi jauh lebih penting dari rasa lapar lebih-lebih lagi di bulan ramadhan. Ditambah dengan cuaca panas terik yang membahang. Silap haribulan boleh pitam dibuatnya.
Sebaiknya kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, dan minuman bersoda pada bulan ramadhan. Minuman berkafein ini mempunyai kesan diuretik (kerap kencing) yang membuatkan badan lebih banyak kehilangan air.
Oleh itu, sila minum air putih secukupnya. Amalkan bersama 1 sudu pati delima (15ml) dicampurkan bersama segelas air putih (200-250ml) untuk kekal bertenaga dan elak komplikasi semasa bulan mulia ini ya!
Rujukan: Dehidrasi: Punca, Simptom dan Rawatan - The Diagnosa